CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jun 8, 2011

Syukur Pada-Mu....

Bak kata pepatah Usaha Tangga Kejayaan, Yang Pipih Tidak Akan Datang Melayang dan Yang Bulat Tidak Akan Datang Bergolek, Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.....itulah kata-kata yang aku sentiasa pegang dan tanamkan dalam diri ini dalam melaksanakan sesuatu kerja.

Alhamdulillah...walaupun tanpa perancangan jangka masa panjang mahupun perancangan jangka masa pendek...namun segalanya berjalan lancar. Dari bermulanya perkenalan dengan Encik Hubby pada April 2009, pertunangan pada September 2009, diikuti dengan perkahwinan kami April 2010. Kemudian membeli satu-satunya aset masa jangka masa panjang Teratak Qaseh pada Julai 2010. Manakala kelahiran permata hati kami Qaseh Amani pada Februari 2011 menambahkan lagi kebahagian kami. Sebaik habis berpantang aku mendapat satu lagi berita gembira iaitu Anjakan Gaji bagi tahun 2011.

Ku panjatkan syukur ke Hadrat Illahi di atas segala kurniaan-NYA walaupun hambamu ini kadang kala terlalai dan leka dengan anugerah-MU. Ku mohon agar hati ini tetap pada-MU Ya Allah....agar aku sentiasa ingat pada-MU...tidak lupa pada tanggungjawabku....dan tidak leka dengan anugerah yang KAU berikan padaku. Semoga aku dan keluargaku terus diberikan nikmat dan kebahagiaan dalam keimanan kepada-MU...amin ya rabbalalamin....

No comments:

Post a Comment