CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jun 2, 2011

Permata Hati Kami...Qaseh Amani Mohd Adzkha

Sudah lama tidak 'update' blog nie....meh ku meng'update'kan....


Aku telah selamat melahirkan seorang PUTERI secara pembedahan caeser pada 18.02.2011 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru jam 9.58 malam. PUTERI tersebut diberi nama QASEH AMANI BINTI MOHD ADZKHA. Qaseh dilahirkan dengan berat 3.00 kg dan panjang 48cm. Hari ini Qaseh telah berusia 3 bulan 2 minggu 1 hari. Berat terkini Qaseh (ketika ditimbang pada usia 3 bulan) adalah 4.75 kg. Naik sebanyak 650 g daripada bulan lepas.

Qaseh ku beri minum susu badan sepenuhnya. Aku berhasrat untuk memberikan susu badan secara eksklusif selama 6 bulan dan moga-moga akan kekal sehingga 2 tahun. Bukan bertujuan menjimatkan kos harian (x de la jimat mana pun, x beli susu anak tapi susu mama kena beli jugak), sekadar memberikan hak puteriku sahaja. Allah telah memberikan aku nikmat untuk menyusukan, kenapa aku perlu bagi susu lembu kepada Qaseh? Sian Qaseh, kalau kecik-kecik dah jadi anak susuan lembu....hehehe...

Sejak usia Qaseh masuk 3 bulan, dia sudah pandai memberikan respons. Kalau aku menyanyi dia juga akan turut menyanyi (dalam bahasa yang hanya Qaseh dan Allah yang fahami). Kami selalu menyanyi bersama. Aku suka bersembang dengan Qaseh kerana dengan suara, mimik muka dia membuatkan aku rasa bahagia sangat. Semenjak awal minggu ini Qaseh menunjukkan tanda-tanda ingin meniarap. Setiap kali diletakkan di atas tilam pasti dia mengiring dan mencuba untuk mengangkat badan. Qaseh sejak dalam hari lagi sudah pandai mengiring. Pegasuh Qaseh juga memaklumkan bahawa dia akan tidur mengiring di dalam buai. Kalau di rumah pula kalau dia tidur boleh berpusing 180 darjah dari kedudukan asal. Aku pun takut jugak kalau-kalau tiba-tiba sampai ke hujung katil...tapi setakat hari ini aku sangat berhati-hati kalau meinggalkan Qaseh tidur bersendirian di atas katil.

Sejak kembali bertugas ini, setiap masa hati dan perasaan ku teringat kan Qaseh. Selalu terfikir dah minum ke belum, dah mandi ke belum, dah tidur ke belum, menangis ke tidak, meragam ke tidak dan macam-macam lagi la. Tapi ramai orang cakap senang jaga Qaseh sebab dia budak baik....mama suke!!!!!!

Aku sangat berharap aku dapat menjadi mama yang baik kepada Qaseh dan berjaya mendidik Qaseh sehingga menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara...kalau boleh kepada dunia. Moga Allah mempermudahkan urusan ku mendidik dan mengasuh Qaseh....QASEH mama rindu.....


Hari ke-7...tidur mengiring sendiri....

Hari ke-9...caaaaaaaaaaakkkkkkkkk...

Hari ke-12....di celakkan oleh mak bidan...cantik x???

Hari ke-19...huuuuuu.....

Hari ke-23.....ooooooowwwwwwwwwww.......

Hari ke-28....sudah boleh menegakkan kepala ketika di tiarapkan...
Amboi....mulut tu...seksi sangat ler.....


Hari ke-37...sudah boleh senyum di depan kamera....

Ambil feel untuk tidur....

Hari ke-39...sudah selamat sampai di JB....

Hari ke-40.....eeeerrrrrkkkkk.....nape muka camtu sayang???

Tido di baby cot...lenanya anak mama tido....

Jom pergi klinik....2 bulan....

Leka tengok luar....

Kalau buat muka macam ni, comel x saya????

Ke kalau macam nie lagi comel????

No comments:

Post a Comment