CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aug 17, 2011

MENJELANG AIDILFITRI 1423H

Salam buat semua...

Sudah lama aku tidak mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Kesibukan dengan kerja yang semakin bertambah-tambah membuat aku tidak menang tangan untuk mengemaskini blog ni.

Hari ini hari ke 17 berpuasa. Alhamdulillah...aku berjaya tempuhi dugaan berpuasa tahun ini...bukan apa, ini tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang ibu yang menyusukan. Walaupun, letih dan lapar aku akan terus bertahan agar dapat menyelesaikan tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah dan seorang ibu.

Alhamdulillah..tahun ini Allah memberikan rezeki yang lebih buat aku (bukan aku jek) kerana PM telah memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan awam (persekutuan jek, kerajaan negeri xde).....walaupun kecil, aku amat-amat bersyukur. Namun manusia hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. Pada hari bonus masuk, pada hari yang sama jugak lah kereta aku meragam. Tapi aku tetap bersyukur, kerana sekurang-kurangnya rosak pada hari aku diberikan bonus. Aku redha dan pasrah kerana ini lah kenderaan untuk aku keluar mencari rezeki. Tanpanya, mungkin aku terpaksa berhujan dan berpanas kerana menaiki bas.

Persiapan raya kami sekeluarga biasa-biasa sahaja. Aku melebihkan keperluan QASEH. Ini kerana tahun pertama dia beraya. Walaupun dia tidak mengerti apa-apa, aku tetap akan memberikan dia yang terbaik.

Sebut pasal QASEH, sekarang dia sudah pandai bergolek-golek. Kadang-kadang aku risau untuk meninggalkannya bersendirian. Lebih-lebih lagi kalau di atas katil bilik. Aku letak kat bahagian katil, tetiba dia dah sampai hujung. Tapi apa pun, kalau aku rasa was-was aku akan letakkan dia di atas baby cot. Bila di atas baby cot QASEH tidak kisah untuk bergolek kerana sibuk membelek mainan yang tergantung di tepi cot tersebut.

Aku harap Ramadhan kali ini menjadikan aku seorang muslimah yang beriman. Semoga kami sekeluarga dilimpahi rahmat dari Yang Maha Esa...amin ya rabbalalamin....