CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feb 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua....

Tahun baru telah menjelma....agak2 apa pula azam tahun baru ni? Azam tahun lepas sudah tercapai atau belum? Aku? Biasa-biasa sahaja. Tidak ada lebih dan tidak ada kurangnya. Azam aku tahun ni adalah buat yang terbaik untuk Hubby dan Qaseh. Sebagai seorang isteri dan mama yang bekerja, kerja aku bukanlah alasan untuk aku tidak dapat memberikan keduanya kebahagiaan dan kesenangan, tetapi kerana kerjalah aku menjanjikan segalanya yang terbaik buat Hubby dan Qaseh. Kerana rezeki ada di mana-mana. Kalau kita usaha, pasti ada hasilnya.

Tahun ini, Hubby bercadang untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan kecil-kecilan. "Dah penat la"....itu alasan Hubby. Apapun keputusan Hubby, aku pasti dia sudah memikirkan baik buruknya. Sebagai ketua keluarga, seharusnya dia lebih faham dan tahu akan tanggungjawabnya. Dia nekad untuk berhenti kerja dan terus memulakan perniagaannya. Aku, sebagai isteri sentiasa menyokong apa sahaja yang Hubby lakukan. Perkara baik tak elok kita halang. Nabi S.A.W sendiri pernah menyatakan bahawa 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan.

Hubby telah berjaya mendapatkan beberapa tapak perniagaan (pasar malam dan pasar tani). Tanggal 26.02.2012, itulah kali pertama Hubby berniaga di Pasar Tani Taman Nusantara. Agak kelam kabut jugak. Tapi kami berjaya atasinya. Hasilnya, kami memperolehi jualan sebanyak RM100.00++...boleh tahan jugak. 

Semalam (02.02.2012), kali kedua Hubby berniaga di Pasar Tani Taman Nusantara. Aku tidak dapat turut serta memandangkan esok (Jumaat) adalah hari bekerja. Aku hanya menunggu Hubby di rumah. Malam itu Hubby pulang dengan penuh senyuman. Hubby meminta aku meneka berapakah jumlah pendapatannya pada hari tersebut. Alhamdulillah, hasil jualan pada malam tersebut berjumlah RM400.00++. 

Bila dihitung-hitung semula, pendapatan sepanjang 1 minggu berniaga +-RM1k++ jugak. Nampak di situ ada ruang dan peluang untuk kami meneruskan hasrat menjadi peniaga berjaya.

Syukur pada-Mu ya Allah...kerana memberi kami rezeki ini. Aku harap Hubby akan terus berjaya dan tidak lupa pada-Mu ya Allah....Aminnnn....