CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Feb 19, 2010

Cuti Panjang...

Salam buat semua.
Aku baru balik dari cuti yang panjang. Seminggu cuti macam2 perkara nak di selesaikan. Tapi yang tak bestnye sepanjang seminggu ni jugaklah aku selsema n batuk. Tak dapat nak hepi2 sangat. Sepanjang seminggu nie, selesaikan mak andam, barang kemas, hantaran, beg cenderahati, bunga rozet n macam2 lagi. Yayang belikan aku gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang nanti. Masih dalam bajet. Hope segalnya akan berjalan seperti yang dirancangkan.

Feb 12, 2010

INIKAH KEHIDUPAN...

Adakah ini yang dinamakan kehidupan?
Terlalu banyak dugaan yang harus ku tempuhi.
Terlalu payah untuk ku mengerti.
Dan kadangkala terlalu sukar untuk ku hadapi.

Namun apa pun alasannya..aku harus tabah.
Kerana inilah jalan yang aku pilih.
Tanpa paksaan dan desakan dari siapa pun.
Kerana aku percaya, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Ku harapkan cahaya kebahagiaan menantiku di hadapan.
Kebahagiaan yang bakal memberikan aku kegembiraan.
Kebahagiaan yang bakal memberikan aku kesenangan.
Kebahagiaan yang bakal memberikan aku 1001 kenikmatan hidup di dunia ini.

Feb 8, 2010

Salam Bahagia...

Minggu lepas ke rumah makcik tunangku di segamat...majlis perkahwinan sepupu dia..
Kiteorang x rewang..cume tolong2 sikit jek...tapi pantang ada masa terluang...terus menyelinap ke tempat karaoke...nyanyi 5-6 lagu...pastu hilang...hehehe...
Masa hari majlis...tolong bakal kakak ipar aku wat persiapan untuk makanan makan damai pengantin...pepagi buta da bangun...tapi kul 12 pon x siap2 lagi lauk pengantin...
Kelam kabut dibuatnya kiteorang..nasib sempat...
Masa kat umah makcik dia...kena jaga makanan tu plak. X tau nape lalat kat sana rajin2 belaka...
Da la panas terik...abis rentung kulit muka...mekap pon x bape nk elok...
Abis majlis terus balik...lepak2 jap...kul 9.30malam bergerak balik ke JB...tunangku keje hari isnin...

Feb 4, 2010

Merenung Masa Depan...


Masa depan...tiada siapa antara kita yang tahu..hanya yang Maha Esa mengetahui segalanya.
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan segalanya.

Kita harus redha atas apa jua yang terjadi..kerana bukan semua yang kita rancang dan impikan akan menjadi kenyataan.

Minggu yang panjang....

Salam semua.
Penat betul minggu ni, bukan sebab banyak keje. Tapi sebab keje yang ada semua da siap, so tak berapa nak ada kerja yang nak dibuat. Cuma nak buat beberapa perkara sebelum cuti Jumaat nie. Cuti bukan pergi bersukaria, tapi cuti kerana urusan yang perlu diselesaikan dan harap-harap semuanya selamat.

Feb 2, 2010

Ke Mahkamah....

Huhuhu...hari ni kena bawa kes Ami kat court. Nasib la satu je...tapi masalahnye esok de lagi...kes lebih kurang sama jek...penat jugak kepala otak ni nak pikir. Dah la lawyer tak berapa nak pandai...tapi buat-buat pandai...so lantak la...kalo Judge batalkan kes lagi bagus...tak payah susah-susah nak datang court lagi.

Feb 1, 2010

68 days to go......

Pejam celik, pejam celik, rupanya tinggal 68 hari jek lagi...rasanya macam baru semalam bertunang...nie da nk dekat majlis rupanya...bulan Februari adalah bulan bz aku dengan urusan yang semuanya perlu diselesaikan segera...
Mana taknya...nk g amik barang hantaran...nk g tempah baju nikah n bertandang...nk g tempah mak andam...nk g tempah kek...nk g amik borang...nk g cetak kad...n macam2 lagi la....
Hope semuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan....