CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 11, 2010

40 minggu yang indah..

Bulan ini genap usia kandunganku 5 bulan. Seperti tidak percaya. Masa berlalu begitu pantas, sehingga aku sendiri tidak menyangka aku telah melalui minggu kehamilan ke 23. Mungkin kerana aku tidak mengalami alahan dan mabuk sewaktu diawal kehamilanku. Segalanya berjalan dengan tenang, seumpama tiada apa-apa perubahan yang berlaku kepada diriku. Kecuali perutku yang semakin membesar.

Di awal usia kehamilan ini, aku sangat gembira. Kerana perkara inilah yang amat dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Begitu juga hubby yang sememangnya mengharapkan aku dapat melahirkan zuriat untuknya. Agar akan ada waris kepada keturunan kami sendiri.

Sebaik usia kehamilan mencecah 20 minggu, aku mula rasakan pergerakan kecil di dalam perutku. Aku sungguh teruja dengan perubahan dan pergerakan 'baby' ku. Dan 'baby' ku akan lebih kerap bergerak terutamanya pada waktu malam. Mungkin kerana seharian dia tidur, malam baru berjaga. Jadi aku lah yang terpaksa bertahan, walaupun kadangkala 'baby' sedikit mengganggu waktu rehatku pada waktu malam tetapi jauh disudut hati aku bahagia dan gembira.

Aku membelikan 'baby' BabyPlus dari Cosway. Menurut jurujual di kedai tersebut, produk tersebut baik untuk permulaan pembelajaran 'baby'. Kerana sudah banyak testimoni yang memberikan maklumbalas yang positif ke atas penggunaa produk tersebut. Bunyi yang keluar dari produk tersebut mampu merangsang perkembangan otak 'baby'. Daripada testimoni yang aku baca, kebanyakkan ibu memberikan maklumbalas yang anak-anak mereka lebih matang dan bijak berbanding dengan kanak-kanak seusia mereka. Mereka juga sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Aku begitu teruja untuk mencuba produk tersebut. Aku menetapkan untuk mengenakan produk tersebut pada waktu pagi dan malam. Sebaik kali pertama mencubanya, aku dapat rasakan tindak balas yang diluar jangkaanku. 'Baby' semakin kerap bergerak. Sekiranya aku terlupa atau terlepa, 'baby' akan mengingatkan aku bahawa telah masanya untuk aku menggunakan produk tersebut dengan membuat pergerakan kecil. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri melayan karenah 'baby'.

Bila malam, setiap pergerakan kecil yang 'baby' buat akan aku maklumkan kepada hubby. Tetapi hubby masih belum berkesempatan merasa pergerakan tersebut. Mungkin 'baby' malu dengan hubby. Tapi aku jelaskan pada hubby pergerakan 'baby' sangat perlahan dan kecil. Sebab tu hubby tidak merasa apa-apa. Tetapi kadangkala aku gelihati melihat gelagat hubby yang kononnya berbual dengan 'baby'. Hubby memberi salam dan bertanyakan khabar 'baby'. Keadaan tersebut membuat kami sangat bahagia.

Apa pun yang akan ku hadapi selepasa ini, aku amat mengharapkan sokongan dan galakan daripada hubby. Kerana hanya pada hubby aku mencurahkan segala kasih sayangku. Aku harapkan 'baby' yang akan lahir ini bakal membawa 1001 rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga....InsyaAllah...