CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nov 11, 2010

40 minggu yang indah..

Bulan ini genap usia kandunganku 5 bulan. Seperti tidak percaya. Masa berlalu begitu pantas, sehingga aku sendiri tidak menyangka aku telah melalui minggu kehamilan ke 23. Mungkin kerana aku tidak mengalami alahan dan mabuk sewaktu diawal kehamilanku. Segalanya berjalan dengan tenang, seumpama tiada apa-apa perubahan yang berlaku kepada diriku. Kecuali perutku yang semakin membesar.

Di awal usia kehamilan ini, aku sangat gembira. Kerana perkara inilah yang amat dinanti-nantikan bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Begitu juga hubby yang sememangnya mengharapkan aku dapat melahirkan zuriat untuknya. Agar akan ada waris kepada keturunan kami sendiri.

Sebaik usia kehamilan mencecah 20 minggu, aku mula rasakan pergerakan kecil di dalam perutku. Aku sungguh teruja dengan perubahan dan pergerakan 'baby' ku. Dan 'baby' ku akan lebih kerap bergerak terutamanya pada waktu malam. Mungkin kerana seharian dia tidur, malam baru berjaga. Jadi aku lah yang terpaksa bertahan, walaupun kadangkala 'baby' sedikit mengganggu waktu rehatku pada waktu malam tetapi jauh disudut hati aku bahagia dan gembira.

Aku membelikan 'baby' BabyPlus dari Cosway. Menurut jurujual di kedai tersebut, produk tersebut baik untuk permulaan pembelajaran 'baby'. Kerana sudah banyak testimoni yang memberikan maklumbalas yang positif ke atas penggunaa produk tersebut. Bunyi yang keluar dari produk tersebut mampu merangsang perkembangan otak 'baby'. Daripada testimoni yang aku baca, kebanyakkan ibu memberikan maklumbalas yang anak-anak mereka lebih matang dan bijak berbanding dengan kanak-kanak seusia mereka. Mereka juga sangat sensitif dengan keadaan sekeliling. Aku begitu teruja untuk mencuba produk tersebut. Aku menetapkan untuk mengenakan produk tersebut pada waktu pagi dan malam. Sebaik kali pertama mencubanya, aku dapat rasakan tindak balas yang diluar jangkaanku. 'Baby' semakin kerap bergerak. Sekiranya aku terlupa atau terlepa, 'baby' akan mengingatkan aku bahawa telah masanya untuk aku menggunakan produk tersebut dengan membuat pergerakan kecil. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri melayan karenah 'baby'.

Bila malam, setiap pergerakan kecil yang 'baby' buat akan aku maklumkan kepada hubby. Tetapi hubby masih belum berkesempatan merasa pergerakan tersebut. Mungkin 'baby' malu dengan hubby. Tapi aku jelaskan pada hubby pergerakan 'baby' sangat perlahan dan kecil. Sebab tu hubby tidak merasa apa-apa. Tetapi kadangkala aku gelihati melihat gelagat hubby yang kononnya berbual dengan 'baby'. Hubby memberi salam dan bertanyakan khabar 'baby'. Keadaan tersebut membuat kami sangat bahagia.

Apa pun yang akan ku hadapi selepasa ini, aku amat mengharapkan sokongan dan galakan daripada hubby. Kerana hanya pada hubby aku mencurahkan segala kasih sayangku. Aku harapkan 'baby' yang akan lahir ini bakal membawa 1001 rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga....InsyaAllah...

Oct 11, 2010

Beraya Bersama...

Tahun ni aku rasa happy sangat..sebab dapat beraya bersama Hubby dan family...cuti panjang la katakan. Habis semua tempat kami meronda. Dari raya pertama sampai raya kesepuluh. Sampai penat dan letih yang tidak terhingga. Lebih seronok lagi dapat beraya dengan semua anak-anak sedaraku (14 orang je).

Bersama di pagi raya (sian hubby, masa nie perut dia tak sihat. sbb tu monyok je)

Di panggung wayang nak tenggol cerita Senario Asam Garam
(Dari kiri Kak Liza, Ieda, Mak Nak, Cik Jais, Mak Mertuaku, Bapa Mertuaku, Iema dan saya)

Dengan Hubby...

Di atas tangga (tunggu turn nak masuk)..

Dengan hubby lagi...

Raya Kedua...beraya di Batu Pahat (kg hubby)...

Saya dan hubby...

Tiga dara (baby) yang bakal di potong jambulnya...

Walaupun aku belum beranak tapi aku da pegang baby untuk potong jambul (anak Abang Zai dan Kak Anne)

My Hubby 27's birthday on 17.09.2010....

Ni adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang raya. Hope raya next year lagi seronok sebab da dapat beraya bersama baby ku....insyaAllah...

Sep 7, 2010

MENJELANG RAYA.....



Hai...da lama x update blog nie. Kesibukan menguruskan rumahtangga dan juga tugasan harian di pejabat membuatkan aku jarang login blog nie...
Pejam celik pejam celik dah hampir kita ke bulan Syawal. Tahun ini adalah tahun pertama aku beraya sebagai seorang ISTERI. Macam-macam yang aku fikirkan. Dari baju raya, kuih raya, hiasan rumah, duit raya dan semuanyalah. Tapi memandangkan tahun ini tahu pertama, aku dan suami hanya membuat persiapan ala kadar sahaja...tak mahu membazir sangat. Sebab insyaAllah hujung tahun ni kami akan berpindah masuk ke rumah sendiri. Nanti kat rumah sendiri barulah boleh buat macam-maca (kata suami aku). Aku ikutkan sahaja kehendaknya. Sebab tak salah apa yang dia kata. So persiapan raya tahun nie sederhana jek...ada kuih sikit (kot-kot ada kawan-kawan yang nak datang rumah aku...ader ker????). Duit raya tahun nie kami berkongsi jek...sebab nak jimat bajet. Al-maklumlah nak simpan untuk renovate rumah baru nanti...hehehehe...tapi untuk anak-anak saudara, mak ayah adik n nenek...tetap ada duit raya..tak banyak sikit pon jadilah.


Esok rasanya macam malas nak kerja walaupun cuti aku start khamis nanti...tapi banyak benda yang nak difikirkan. Nak kemas rumah, kemas beg baju, kemas kuih-kuih yang dah penuh dalam peti ais tu...banyak jugak nak dibuat. Tapi suami aku cakap tunggu lepas cuti raya baru nak kemas rumah. Sebab kalau kemas sekarang bila tinggalkan rumah seminggu nanti mesti berhabuk lagi. Errrrmmm...betul jugak kata dia. Aku pon okay kan aje lah. Sekarang tugas aku ialah kemas beg baju n barang-barang peribadi yang nak di bawa semasa pulang ke kampung nanti. Tak nak la nanti bila da sampai kampung ada saje barang yang tertinggal.

So, akhir kata dari aku dan suami...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA SYAWAL INI MEMBERIKAN 1001 RAHMAT KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI...AMIN.....


Jul 16, 2010

Satu Cinta Dua Jiwa

Ku rasakan seperti ada kelainan pada diriku ini. Namun aku tidak pasti kenapa. Aku lalui hari-hari seperti biasa. Tanggal 28.06.2010 aku rasa 'period' aku lewat. Ku beranikan diri membeli 'pregnancy test kit' kat Watson. Balik umah terus buat ujian yang pertama.
Selepas 5 minit...keputusannya POSITIF...wahhhh!!!! I'm so excited. Nak bagitau pada hubby. Tapi tunggu dia balik keje dulu...nak buat kejutan pada dia.
Hubby balik ketika jam hampir ke pukul 9.00 malam...tengok mood dia dulu. Nampak macam ok jek...biar dia rehat..mandi...
Lepas jek dia mandi, aku pun bagi la kit tu kat dia. Dia terkejut. Bukan apa, sebab dia tak tau apakah bendanya tu. Aku pun explain kat dia. Sekali lagi dia terkejut. Then tersengih macam kerang busuk. He's so happy with that news. He's waiting about that news since we get married on April.
Akhirnya!!! kini pasti. Aku akan menjadi seorang ibu...ku sentiasa berdoa agar aku kuat untuk hadapi segalanya...dan selamat melahirkan 'baby' ku dan 'baby' ku juga nanti sihat dan sempurna....InsyaAllah..

Jun 11, 2010

Hari Persandingan (11.04.2010) - Part I

Majlis persandingan aku berlangsung pada 11.04.2010. Sehari selepas majlis pernikahanku. Berikut adalah beberapa gambar yang dapat dimuatkan dalam blog aku nie...

Berdebar menanti penganti lelaki sampai
(ada riak macam berdebar ke???)

Segak berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan
(segak ker??? agak segak la...hehehehe)


Kite minum dulu. Adat masyarakat Jawa, menyambut pengantin dengan segelas air sejuk.
(simboliknye sebab pengantin dah berjalan jauh la tu...sampai berpeluh-peluh....)

Salam perkenalan daripada Chief de Mission (Abg Ali) dan wakil tuan rumah (Pakcik Dollah)
(simboliknya perbincangan ni untuk pihak penganti lelaki kenal dan bermesra dengan jiran-jiran pengantin perempuan...eratkan silaturrahim)

Abg Ali masih sabar melayan karenah makcik-makcik yang menghalang laluan ke pelamin.
(simboliknya sama saja..eratkan silaturrahim)

Yang pakai baju pink tu adik mak andam, yang sedondon jek baju tu kakak ipar, kakak dan adik. Dua anak buah dan mak andam yang menunggu masa 'meletup'.

Abg Ali berbincang dengan mak andam.
(masa nie aku da tersipu-sipu tahan gelak, takut ter'over' plak nanti)

Akhirnya, kami dapat bersanding di atas pelamin.
(eh..eh..adik tu jeling semacam jek dekat pengapit aku)

Gambar bersama keluarga lelaki (Kak Liza, Mak, Ayah, Abg Ali, Shah dan Anip)
Yang tak ada masa ni Abg Zai dan Kak Senik.

Makan time.....

Control makan....
(apalah yang dimenungkan oleh cik abang tu ye??)

Acara suap-menyuap....
(tak boleh nagnga besar-besar, malu orang tengok)

Minum silang tangan...
(nasib tak tumpah..sebab airnya penuh sangat)

Dah siap makan...cak!!!

May 14, 2010

Mulakan hidup baru...

Alhamdulillah...segalanya telah selesai. Kini sudah sebulan aku bergelar seorang isteri. Aku amat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Terasa jauh berbeza berbanding dahulu.
Tugas sebagai seorang isteri menjadikan aku insan yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah. Nasib la 'cik abang' sayang tu nak tolong. Kalau tidak pastinya tidak terlarat aku nak melaksanakannya sendirian. Suami ku yang ku panggil dengan panggilan 'YAYANG' amat mengambil berat pada diriku. Namun kalau ada kesilapan yang aku lakukan pasti dia menegurku dengan cara yang amat berhemah.Cuma kadang-kadang aku sahaja yang mudah melenting. Sejak sebulan lalu, yayang tak pernah aku nampak marah-marah. Dia cool je. Kalau nak marah pun cepat-cepat dia buat lawak. Bila aku ketawa dia pun akan ikut ketawa. 'So sweet'...
Kalau ada apa-apa isu, kami akan berbincang secara baik. Cuma kadang-kadang tu bertekak...sebab masing-masing tak nak mengalah. Dari isu semasa, politik samapilah isu dunia. Semua kami bahaskan. Hehhe...tapi kesudahannya pasti sama-sama ketawa.
Aku harap segalanya akan kekal bahagia begini. Aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik.

Bergambar bersama suami tersayang...

Inilah gambar-gambar bersama suami tersayang. Ada gambar-gambar yang 'candid' yang diambil oleh jurugambar.
Ini sahaja gambar2 yang boleh di 'upload'. Pas nie gambar masa majlis persandingan jek.

Malam Berinai (10.04.2010)

Majlis diteruskan dengan malam berinai (amik-amik gambar jek). Masa diorang tadi makan, aku sibuk pose depan kamera.

Ini pula baju kimono....

Ini pula baju korea....

Ini pula baju gaun...(comel tak???)

Inilah gambar suami tersayang...