CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 29, 2010

Keranamu ASTRO.... (Bab 2)

'Mamat nie macam pernah aku jumpa, tapi kat mana ek?' Cici berbicara di dalam hati. "Nama saya Adi, awak?". "Cici", jawab Cici ringkas. "Dulu sekolah mana ek?". "Sekolah Tinggi Kluang. Nape?". Adi hanya mengangguk. Cici ke dapur untuk memasak air. "Saya dulu pun sekolah kat Kluang jugak", Adi menyambung perbualan yang terhenti tadi. "Sekolah mana?" Cici sedikit terkejut."Sekolah Teknik Kluang," jawab Adi. "Awak amik course apa? Saya ada ramai kawan kat sekolah Teknik Kluang," balas Cici sedikit teruja. "Course kimpalan," balas Adi lagi. "Owhh..saya pun sekolah teknik juga, tapi Teknik Batu Pahat la," balas Cici pula. Adi tersenyum lebar, "Sebenarnya saya pun sekolah Teknik Batu Pahat jugak". "Aik, mana satu yang betul nie? Kejap Kluang, kejap Batu Pahat?", Cici semakin teruja. Adi hanya membalas dengan senyuman.
...B.E.R.S.A.M.B.U.N.G...

Apr 26, 2010

Keranamu ASTRO....

'Banyak betul kerja tadi,' bisik Cici sebaik sahaja keretanya berhenti di parkir rumahnya. Dia ternampak Nida sedang bercakap dengan seorang lelaki. "Kak, ini kontraktor yang nak pasang Astro kat rumah kita," laung Nida dari jauh. Cici mendekati Nida, "Berapa upah pasang Astro ni?". "RM30 jek kak", Nida tersengih. "Tak apa la Nida, akak naik dulu ye. Penat betul hari ini". Cici meninggalkan Nida bersama kontraktor Astro yang sedang tersenyum-senyum memandangnya. 'Apahal la mamat nie, tersenyum-senyum kat aku,' detik hati Cici.

"Kak, Nida ada kerja kat luar yang belum selesai. Akak tolong tengok-tengok kan kontraktor Astro tu ye. Ini duit nye. Nida pergi dulu ye kak, bye". Nida meninggalkan Cici bersama dengan kontraktor Astro yang masih tersengih-sengih memandangnya.

"Masuklah. TV kat sana tu," pelawa Cici apabila melihatkan mamat Astro tu asyik tersengih-sengih depan pintu rumahnya. Cici terus masuk ke bilik untuk menukar pakaian.

"Awak kerja kat mana?" mamat Astro memulakan perbualan. "Jabatan Insolvensi," balas Cici acuh tidak acuh. "Apa? In...." mamat Astro tersebut tercengang. Cici hanya tersenyum. "Insolvensi. Jabatan kerajaan yang mengurus tadbir hal ehwal individu dan syarikat yang bankrap," balas Cici lagi.

......B.E.R.S.A.M.B.U.N.G......