CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Apr 26, 2010

Keranamu ASTRO....

'Banyak betul kerja tadi,' bisik Cici sebaik sahaja keretanya berhenti di parkir rumahnya. Dia ternampak Nida sedang bercakap dengan seorang lelaki. "Kak, ini kontraktor yang nak pasang Astro kat rumah kita," laung Nida dari jauh. Cici mendekati Nida, "Berapa upah pasang Astro ni?". "RM30 jek kak", Nida tersengih. "Tak apa la Nida, akak naik dulu ye. Penat betul hari ini". Cici meninggalkan Nida bersama kontraktor Astro yang sedang tersenyum-senyum memandangnya. 'Apahal la mamat nie, tersenyum-senyum kat aku,' detik hati Cici.

"Kak, Nida ada kerja kat luar yang belum selesai. Akak tolong tengok-tengok kan kontraktor Astro tu ye. Ini duit nye. Nida pergi dulu ye kak, bye". Nida meninggalkan Cici bersama dengan kontraktor Astro yang masih tersengih-sengih memandangnya.

"Masuklah. TV kat sana tu," pelawa Cici apabila melihatkan mamat Astro tu asyik tersengih-sengih depan pintu rumahnya. Cici terus masuk ke bilik untuk menukar pakaian.

"Awak kerja kat mana?" mamat Astro memulakan perbualan. "Jabatan Insolvensi," balas Cici acuh tidak acuh. "Apa? In...." mamat Astro tersebut tercengang. Cici hanya tersenyum. "Insolvensi. Jabatan kerajaan yang mengurus tadbir hal ehwal individu dan syarikat yang bankrap," balas Cici lagi.

......B.E.R.S.A.M.B.U.N.G......

1 comment: