CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 14, 2010

Mulakan hidup baru...

Alhamdulillah...segalanya telah selesai. Kini sudah sebulan aku bergelar seorang isteri. Aku amat bahagia dengan kehidupan sekarang ini. Terasa jauh berbeza berbanding dahulu.
Tugas sebagai seorang isteri menjadikan aku insan yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah. Nasib la 'cik abang' sayang tu nak tolong. Kalau tidak pastinya tidak terlarat aku nak melaksanakannya sendirian. Suami ku yang ku panggil dengan panggilan 'YAYANG' amat mengambil berat pada diriku. Namun kalau ada kesilapan yang aku lakukan pasti dia menegurku dengan cara yang amat berhemah.Cuma kadang-kadang aku sahaja yang mudah melenting. Sejak sebulan lalu, yayang tak pernah aku nampak marah-marah. Dia cool je. Kalau nak marah pun cepat-cepat dia buat lawak. Bila aku ketawa dia pun akan ikut ketawa. 'So sweet'...
Kalau ada apa-apa isu, kami akan berbincang secara baik. Cuma kadang-kadang tu bertekak...sebab masing-masing tak nak mengalah. Dari isu semasa, politik samapilah isu dunia. Semua kami bahaskan. Hehhe...tapi kesudahannya pasti sama-sama ketawa.
Aku harap segalanya akan kekal bahagia begini. Aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik.

Bergambar bersama suami tersayang...

Inilah gambar-gambar bersama suami tersayang. Ada gambar-gambar yang 'candid' yang diambil oleh jurugambar.
Ini sahaja gambar2 yang boleh di 'upload'. Pas nie gambar masa majlis persandingan jek.

Malam Berinai (10.04.2010)

Majlis diteruskan dengan malam berinai (amik-amik gambar jek). Masa diorang tadi makan, aku sibuk pose depan kamera.

Ini pula baju kimono....

Ini pula baju korea....

Ini pula baju gaun...(comel tak???)

Inilah gambar suami tersayang...

Majlis Khatam Al-Quran (10.04.2010)









Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada sebelah malam selepas waktu Isyak. Majlis dimulakan pada jam 8.45 malam. Dimulakan dengan bacaan Qasidah daripada makcik-makcik berbaju biru (mak yang jemput kumpulan nie). Aku hanya senyum-senyum kambing sebab tak tahu..hehehe... Khatam Al-Quran adalah tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Johor (terutamanya Javanese)....




Sebaik tamat membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, majlis diteruskan dengan bacaan Berzanji. Nasib la da praktis baca. So tak de la tergagap-gagap. Sebaik tiba di rawi 4, majlis bangun untuk mendendangkan Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Semasa marhaban dinyanyikan, beg-beg cenderahati akan diberikan kepada tetamu dan mereka yang datang meraikan majlis tersebut. Turut diberikan adalah bunga rampai.


Kemudian, majlis diteruskan sehingg tamat Rawi 19. Selepas itu bacaan doa selamat diadakan secara ringkas dan diakhiri dengan jamuan makan.


Sebelum tetamu ke jamuan makan, aku kena la salam semua yang ada. Tanda terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis khatam tersebut.

May 13, 2010

Hari Pernikahan (10.04.2010)

Turunkan tandatangan pada Borang Nikah...

Kadi memulakan upacara Akad Nikah

Selesai di ijab dan kabul...

Bacaan Taklik dan Penyerahan Mas Kahwin



Upacara Membatalkan Air Sembahyang

Selepas selesai upacara ijab kabul
YANG TERINDAH
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Keranamu ASTRO.... (Bab 3)

"Ooh..sebenarnya saya ingat muka awak. Tapi bila awak cakap awak sekolah kat Kluang, saya ingat awak nak tipu saya..hehehe" Adi tersengih macam kerang busuk. "Tipu? Tak lah. Memang saya sekolah kat Kluang sebelum saya tukar ke Teknik Batu Pahat. Patut la muka awak pun macam pernah saya jumpa", Cici membalas dengan senyuman sambil terus berlalu menuju ke dapur. "Tak ada makan-makan ke?", Adi bertanya dengan selamba. "Meggie ada la. Nak ke?". "Eh! Tak nak la. Acah jek", Adi tersipu malu. "Ok lah. Dah siap nie. Dalam masa 24 jam kad nie akan aktif. Sementara tu jangan 'off' kan 'decoder' ni", panjang lebar Adi memberikan penerangan kepada Cici. "Ok. Mana kawan awak tadi. Ajak la naik minum". "Kejap ye", Adi berlalu ke luar rumah untuk memanggil kawan sekerjanya.
"Terima kasih. Ini duit upah pemasangan". "Sama-sama. Ermmm...kalau boleh kita jangan 'lost contact' la. Dah 10 tahun tak jumpa lepas SPM tahun 2000 dulu", sapa Adi sebelum pulang. "Ok", balas Cici ringkas. "Ok je. Macam mana saya nak 'contact' awak lepas ni?", tanya Adi malu-malu. "Ha..ini kad saya. No h/p saya kat belakang tu. Kalau ada apa-apa tepon la", balas Cici sambil menghulurkan sekeping kad. "Kalau tak ada apa-apa tak boleh tepon ke? Hehehe..." "Boleh", jawab Cici ringkas.
.B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.