CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

May 14, 2010

Majlis Khatam Al-Quran (10.04.2010)









Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada sebelah malam selepas waktu Isyak. Majlis dimulakan pada jam 8.45 malam. Dimulakan dengan bacaan Qasidah daripada makcik-makcik berbaju biru (mak yang jemput kumpulan nie). Aku hanya senyum-senyum kambing sebab tak tahu..hehehe... Khatam Al-Quran adalah tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Johor (terutamanya Javanese)....




Sebaik tamat membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, majlis diteruskan dengan bacaan Berzanji. Nasib la da praktis baca. So tak de la tergagap-gagap. Sebaik tiba di rawi 4, majlis bangun untuk mendendangkan Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Semasa marhaban dinyanyikan, beg-beg cenderahati akan diberikan kepada tetamu dan mereka yang datang meraikan majlis tersebut. Turut diberikan adalah bunga rampai.


Kemudian, majlis diteruskan sehingg tamat Rawi 19. Selepas itu bacaan doa selamat diadakan secara ringkas dan diakhiri dengan jamuan makan.


Sebelum tetamu ke jamuan makan, aku kena la salam semua yang ada. Tanda terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis khatam tersebut.

No comments:

Post a Comment